Friday 7 December 2012

HOT STORY...

 
No lah. Bukan nak citer bende2 hot seksi meksi. Cuma nak share tentang Hot Spring Sungai Klah. KF suka tempat tu.Dahlah admission fee dia murah, air kolamnya dari air semulajadi, air bukit dan mata air panas. Tak perlu rasa khuatir pasal jangkitan kencing tikus. Waktu ke sini hari tu, kami tinggal di homestay dekat dengan MRSM Sungkai. First time cuba homestay, something new. Seronok jugak rupanya homestay ni, sebab dah macam rumah sendiri..semua ada dan yang penting ada mesin basuh! Yalah, bila dah pi main air, mestilah banyak baju seluar basah, boleh terus masuk mesin. Jadi kuranglah baju kotor untuk didobi bila sampai rumah nanti.
 
Bila masuk ke kawasan hot spring ni, kita akan melalui pokok buah2an, pokok durian pun ada, mata air panas. Lepas tu pilihlah, nak mandi kat kolam air panas ke, kolam air bukit or kolam2 kecil untuk berendam. Tiap2 satu kolam ada suhunya tertentu, ada yang 30'C -40'C, ada yang 40'C-50'C. Ada yang sangat panas, sape berani huluqlah kaki....

KF dan anak2 suka berendam dalam 30'C -40'C punya kolam. Mula2 memang rasa panas sangat, so tipsnya kurangkan bergerak dan masuk perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Sangat-sangat refreshing bila berendam dalam air panas semulajadi ni. Kandungan belerang atau sulfur yang tinggi, rasa kulit jadi cantik. Tapi yang KF tak berkenan adalah orang ni, dia bawa masuk anak dia yang pakai pampers pun kat dalam tu. Please...tak salah bawa anak kecik, but the pampers!!!! Eeuwww....sifat semulajadi manusia, we always imagine the worst right!. Kot ada "something" dalam pampers tu who knows. So jagalah hati dan perasaan orang di sekeliling yang nak berendam sama ye dok.


Dah puas berendam, rasa lapar boleh la pi beli nasi lemak kat gerai yang jual telur untuk direbus dalam mata air yang dikhaskan. Nasi lemak sedap, murah jer, 2 hinggit kot dan 3 ke 5 hinggit (lupalah) set telur dalam raga besi tu siap ada kicap masin paket kecik2. Bayar dan bawa pi tempat mata air yang dikhaskan tu. Tempoh masa nak buat telor jadi setengah masak ke or masak betul ada dicatat di situ, ikutlah berapa minit nak.
Kolam mandi air bukit dia pun oklah, selesa dan bersih. Puas hatilah kalau nak ke sini setakat hilangkan tension, ringankan badan dengan berendam di kolam air panas dan paling penting murah! Kalau setakat duk kat kay ell tu, rasanya sejam perjalanan dah sampai kot ke hot spring ni. Tok sah bazir2 duit sewa homestay bagai. Pi balik hari je. Lagi jimat kan....so masa untuk pulang...ke pangkal jalan.
Bercerita pasal telur ni tadi, terpanggil KF nak ingatkan sesuatu, iaitu jangan lupa tau basuh telur sebelum digunakan untuk memasak. Telurkan keluar dari "bawah" ayam tu, biasanya ada najis yang melekat, so mesti...ulang suara..mesti dibasuh bersih supaya makanan kita tidak dicemari najis. That is the reason KF cuba mengelak untuk makan di restoran mamak ( tapi kalau tak dak pilihan lain terpaksalah kot). Ini adalah my own personal opinion tak membabitkan orang lain or bukan untuk menjatuhkan mamak tu .... So as we all dah sedia maklum, pekerja depa kebanyakannya didatangkan dari (semua taulah kan), maka amatlah memusykilkan samada depa tau ke, kena basuh teloq tu dulu. Whatever it is, pilihan di tangan kita... alamak macam dah kempen pilihanraya .....no ... i'm not a "politikus"...i'm a housewife and proud of it!!!
Disebabkan KF ni housewife, kenalah bagi resepi lagikan..jadi ni dia resepi tart telur yang anak-anak KF suka.
 
TART TELUR KASEH

Bahan untuk kulit pastri:

1 cawan mentega

2 cawan tepung gandum

1 biji kuning telur

sedikit air ais ( air yang di sejukkan dalam peti sejuk )

Cara membuatnya:

1.Gaul mentega dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti

2. Pukul sikit kuning telur,kemudian masukkan dalam bancuhan di atas.Gaul rata.

3. Masuk pula air ais,gaul jadi doh.Bungkus dgn plastik.Sejukkan di dalam fridge selama 15 minit.

Masa ni kita buat inti dia ok..so bahan-bahannya:

-2 biji telur ( Gred A )

-1 sudu kecik esen vanilla

-2 sudu besar gula pasir

-2 cawan susu segar ( guna susu dalam kotaklah,takkan kita nak pi cari lembu dan perah sendiri kan..)

-1 sudu besar tepung jagung

-2 sudu besar air.

Cara buat,kita pi dapur,buka api kecik,dan panaskan susu dalam periuk arcopal ke corelle ke ( tapi jangan dalam cracked pot tau...hi hi hi to my dear friends dalam crackedpotfriends.blogspot.com jangan marah tau...luv uolls ).

Sementara tu ,pukul telur,vanilla,gula,tepung jagung dan 2 sudu besar air sehingga mesra.

Kemudian, masukkan bahan yang dah di pukul ke dalam susu panas tadi.Kacau sehingga pekat .

Sekarang keluarkan chilled doh tadi,terap dalam acuan.Then,tuangkan inti yang panas tadi ke dalam acuan.

Bakar selama 30 minit dengan api 180'c or sehingga masak.Aromanya ketika di bakar....sungguh menyelerakan!!!

        
P/s....jangan lupa jengah ke crackedpotfriends.blogspot.com tau......they are my "loving kucing" friends,beautiful in their 40'ties and because of them i create this blog ,to share with them,with the readers...about everything that captured myheart )


 


SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

2 comments:

  1. The egg tart looks super yummy! Nak kena try ni ...

    ReplyDelete
  2. i like ur story mori..tartlet bila nak bikin lg? Nak order ni..

    ReplyDelete