Ceh...cam
gempak je tajuk nikan.Sebenarnya tetiba nak cite pasal kucing sebab kawan2 KF
sangat cinta sayangkan kucing.Memberi kucing makan dimana saja terjumpa.Siap
dalam kereta depa,ada stock makanan kucing.Mulia sungguh hati kawan2 KF nikan!.
So di mana nak cari kucing gergasi ek.Mestilah kat bandaraya Kuching
,Sarawak.Banyak sungguh replika replika kucing kat bandaraya sarawak ini,nama
pun kucingkan.Punyalah femesnya kucing ni,sampaikan Muzium Kucing pun ada, tapi
tak doklah kucing hidup di letaknya dalam tu kan.Kang mati keras pulak kucing
tu.Kalau setakat nak hiburkan anak-anak
kecil,bolehlah bawa mereka kat sini.Alah,cakap je kat driver teksi tu nak pi
muzium kucing,bawalah dia.
Sebenarnya
bumi kenyalang ni pun signifikan juga dengan diri KF,mana taknya 5 tahun
jugaklah KF menetap kat sini.Selama 4
tahun KF tinggal di bandar kecil Sri Aman yang jauhnya lebih kurang 3 jam lebih
dari bandaraya Kuching.Jom kita masuk ke mesin masa,mengimbas kembali kehidupan
di bumi kenyalang.Perjalanan ke Sri Aman hanyalah melalui jalan kampung,sebab
kat sana tak de highway cam kita di semenanjung.Selalunya kami akan berhenti
makan dan solat di Serian,sebuah lagi bandar kecil di 1/3 perjalanan menuju ke
Sri Aman.Selepas Serian tiada lagi bandar di jumpai,cuma bertemankan hutan
hijau,sesekali terpandang rumah panjang,ladang2 khinzir(eeuw !cuma tepi jalan
je,),sawah padi bukit dan ladang-ladang lada hitam.Macam back to the 60's pulak
kan.Sangat sangat down to earth ,all back to nature.....hu huwaa ngantuklah
pulak,bila teringat perjalanan balik ke sri aman ni.(he he,tak de shopping
center untuk cuci mata, tu yang ngantuk je lah keje nya time ni).
Sri Aman
femes untuk benaknya.Benak ialah gulungan ombak yang besar yang terwujud di
sungai Batang Kali di Sri Aman.Biasanya gulungan ombak besar ni cuma ada kat laut lepas,alah yang omputih suka
surfing surfing tu.Tapi yang wujud kat sungai ni di panggil benak.Siap ada
pesta benak uols!Femes tau.Omputih pun ada datang tengok.Masa ni segala orang
iban ,orang bukit, turun dan tinggal berpesta di tepi sungai ni lah .Bertatu
tatulah bagai.First time datang sini,masa kat KFC,org yang beratur kiri kanan
ada tatu,takuit ya amat makcik,ingatkan
samseng ke taiko ke.Rupa2nya memang budaya lelaki iban ni kena ada
tattoo.Tattoo tu tanda kemachoan kot.
Dan yang
sangat sangat spesel kat sini udang galahnya.Dahlah dapat yang
besar,murah,hidup lagi!!!!Mana gambo ni ek,nanti kanda KF pi cari.Makanan yang mesti di rasa kat
sarawak ni (yang KF sukalah kan),ayam pansuh (ayam yang dimasak dalam buluh dan
di sumbat daun ubi kot),umai(macam2 umai,udang,ikan,seaweed)raw food yg perah
limau dan di tambah hirisan bawang cili etc,laksa sarawak(cam kuah kari tapi
lebih rempah,abah KF kata cam jamu je he!he!)dan mee kolok.Mee kolok tu bebudak
suka sebab dia ala ala mee maggi dengan kuah sup daging dan sambal cili
cairnya.Kat sini gak sayap panggang amat femes(kepak panggang),tapi KF tak
gemor dan tak berkenan sangat sebab rata-rata warnanya merah(guna pewarna
merahlah tu) ,soo unnatural and not favourable lah.Oh lagi satu,kalau bulan
posa,tak sah kalau tak makan bubur padas(depa panggil padas,kita pedas).Bubur
pedas ni dibuat dari rempah ratus,santan,beras,udang,kalau kat semenanjung
femes dengan bubur lambuk or bubur asyura kan,tapi yang speselnya dengan bubur
pedas ni, dimasukkan sekali dengan hirisan2 daun 2,sayur2 hutan,kampung.i luv
it,sedap dan berkhasiat,kecualilah ditolak santannya lah, bagi yang
mementingkan "kiraan kalori"dalam makanannya kan...kan...but who
cares babe..kalau sedap ,makan je lah what ever the calories count ....sesiape
tengah diet abaikan tulisan KF ni eh....hi hi!
No comments:
Post a Comment