Wednesday 5 December 2012

FOBIANYA NAK BERANAK.....!!!!!


Alahai kalau cerita bab beranak ni,teramatlah fobia KF.Mega fobia,tahap gaban...Tengok org perut dah terboyot-boyot pun rasa tak sampai hati.Rasa kecut perut..walaupun sebenornya perut ni tak kecut pun,lemak dah terlebih tepu kot.But for me getting pregnant again....No Way !!!!ya kanda.Bukan sebab KF dah tua,no ! no! no!masih bergetah lagi tau(no need KY jelly maa!) tapi tak sanggup lagi melalui pengalaman 2 yang penuh kesedihan dan kesukaran itu.Sangat sangat mencabar i tell u.
Sebenarnya KF ni dah 6 kali beranak dan sekali keguguran,kena cuci.Dalam bahasa sepitalnya cuci tu D&C kot,rasanyalah.Ceritanya, 2 dari anak KF meninggal dalam perut.Satu,lelaki (dah 9 bulan),haritu doktor sakit puan KF kata dia check,everything ok,air mentuban cukup,semua ok.Oleh kerana dah cukup bulan ,dia suruh KF  di induce untuk beranak  hari tu but KF kata esoklah,nak tunggu kanda KF balik.Takdir Allah SWT mengatasi segalanya,malam tu KF sakit perut,buang2 air,muntah,sampai bibir  biru nak pitam,pukul 2pagi ,adik ipar yang temankan KF hantar  gi klinik,doktor kata baby no heart beat dah.Hancur luluh rasanya jantung KF ketika tu,tapi dah rasa nak beranak ,beranak pun normal je lah.
KF diuji lagi,bila baby dah keluar ,darah keluar sangat banyak.Yes,sangat sangat banyak!Menitik nitik sampai ke lantai,bahagian belakang baju KF dipenuhi darah,basah dengan darah .Bidan terpaksa gunting baju KF dan buang baju tu untuk di ganti dengan baju yang bersih.Dalam kekalutan tu pulak KF menangis dan terus menangis, hilang dalam kesedihan yang amat sangat.Sampai mak mentua KF kata ingat tuhan,ingat tuhan!Rasanya ketika itu,tak tertanggung nak melawan air mata yang tumpah....lemah sekali tubuh KF . Why?why me?What did actually happen?Hati berkata -kata.Dua kali KF pengsan,ketika pengsan KF  merasa amat  tenang sekali dan seakan pergi jauh ...sehinggalah mak mentua KF menggoncang goncang lembut dan memanggil manggil nama KF supaya jangan tidur(no   KF tak tidur,betul betul pengsan masa tu),cuba bertahan,darah banyak hilang ,bahaya....orang kata kalau darah banyak hilang kena stay awake selagi yang mampu..
Sedih...sangat sangat sedih.Itulah yang termampu KF luahkan perasaan masa tu.Suatu kehilangan yang amat menyentap jiwa.Selama sebulan rasanya airmata ni mengalir dek kerinduan yang amat sangat terhadap seorang anak yang KF tak pernah berpeluang untukmengenalinya,menciumnya,memeluknya,mengetahui handsome ke dia bila besar kelak...what ever it is,KF redha kuasa tuhan mengatasi segalanya.In Sya Allah,KF  telah di kurniakan 2 anak yang akan menolong KF di sana nanti.

"Wahai anakku Muhammad Firdaus(dan juga Siti Solehah,kehilangan yang kedua ketika 8 bulan di kandungan)...ketahuilah bahawasanya di setiap detik yang berlalu,setiap nafas yang dihela ,ingatan padamu tak pernah padam...ibu redha anak2ku...ibu redha kerana ibu tahu tempat mu adalah di syurga  firdausi....."
Di kehilangan yang kedua pula,KF mengalami tumpah darah jugak.Kali ni sampai di masukkan 10 peket darah,6 pek darah  merah dan 4 pek darah kuning(berfungsi untuk proses pembekuan darah).Bersalin pukul 3 ptg,sampai esok petangnya masih di katil yang sama,di labour room itu,sebab proses masukkan darah dalam badan tak habis habis.Doktor kata berliter liter darah yang hilang,not good...not good at all for me kalau tak masuk darah ,so terpaksa sign untuk terima semua darah darah tu.Banyak kan! 10 pack....nasib baik  KF tak jadi cam Bella dalam movie The Twilight (Breaking Dawn part 2)tu...hu hu hu...Geram KF tengok cite ni,penat suspen, punyalah depa dok  gaduh gaduh, dusyum! ,kebaborr! ,cabut cabut kepala bagai,ropa ropanya cuma bayangan Alice je...eh Alice ke nama minah come lote bermata cantik tu...tak kisahlah sape nama dia kan  yang penting ,KF nak minta refund ticket! he he gurau je lah.Sebenarnya best jugak cite tu,hepi ending.Ok,ok cam mana dah tukar profesion  jadi pengkritik movie ni pulak,KF tengah tulis pasal apa tadi.....ek

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment