Di Port Dickson, KF telah menginap di Avillion Admiral Cove. Hotel ni
terletak di pantai Teluk Kemang. Seronoklah melayan anak-anak mandi kolam dan
bermain pasir di tepian pantai. Dengan melihat laut pun kita dapat pahala kan.
Pantainya landai, jadi tak bahaya bagi anak-anak bermain air. Di hadapan hotel
pula, kita boleh melihat beberapa buah bot mewah yang berlabuh di jeti yang
disediakan. Pemandangan yang menarik, terutama bagi anak -anak lelaki yang
sukakan bot. Cuma bab makan ni kurang menarik, biasalah makanan hotel. Setting
dan hiasan memang cantik, tapi rasa dia....hemmm hampeh, macam nak pi dapur tu
dan tolong masak dan repair je rasa lauk-lauk tu.
Dan kalau nak cari makanan lain, tak boleh berjalan kaki, kena naik
kereta dan keluar dari kawasan hotel dan
cari dari tempat berdekatan. Berbeza keadaannya dengan pantai Teluk Cempedak di Pahang.
Macam suasana Jom Heboh kat sini, segala souvenir, toys, food, skrin
besarnya, loud music semua cukup...
Bosan dengan suasana hotel, kita boleh ke Tanjung Lumpur. Di tepi-tepi
jalan kat Tanjung Lumpur ni ada banyak gerai jualan makanan gorengan yang dicucuk
yang boleh didapati pada waktu tengahari ke petang. Ada satu gerai yang menarik
perhatian ( Warung Pak Su Mak Su ), berderet-deret kereta parking di tepi jalan
gerai. KF pun turut berhenti dan niat nak beli pisang goreng. Ropa-ropanya,
bukan pisang goreng je yang ada, ada sotong, udang, aneka fishball, ikan pun digoreng
tepung yang dicucuk lidi tu. Kuih-kuih pun ada pelbagai, macam-macam kuih,
kuih yang KF tak pernah rasa pun ada.
Nasi pun ada.... nasi minyak, nasi
dagang, pulut kuning, ada lagilah, semua nasi ni dah di pek dalam bekas plastik
untuk memudahkan kita pilih, ambik dan bayar.PERGHHH BANYAKKAN!!!
Syurga makanan cucuk goreng .....sedap! Sangat sedap.....sotongnya
lembut di dalam dan tepungnya garing di luar, cuba ambik satu jenis setiap
cucuk, tak cukup lagi, ambik lagi dan lagi dan lagi....Ish! Budak-budak ni tak
kenyang-kenyang lagi ke, dah berapa cucuk ni....berbiji-biji ball dah
ditelannya...Ikan goreng tepungnya pun segar, apatah lagi dicicah dalam sos
buatan sendiri yang disediakan di atas setiap meja, dilengkapkan dengan
kesegaran air kelapa berais........sangat sangat fulfilling uols!!! Ingat...makanannya
semuanya hedap-hedap....nak membayornya kanda KF kata kurang hedap. Hehehe... Tak
puas makan, keesokannya pergi lagi sebelum balik ke Melaka. Kalau sesiapa kebetulan lalu di
Tanjung Lumpur ni dalam perjalanan ke mana-mana, berhentilah dan singgahlah
makan. Pasti gumbira! Tapi untuk orang yang tak makan makanan bergoreng,
berminyak, jaga kiraan kalori, takut alignment lari dan sebagainya, teruskan jelah
perjalanan tu...... nanti diet lari, KF pulak yang kena...
Berbeza dari di PD, keadaan laut di Teluk Cempedak ni tak berapa nak
landai ( bahagian pasir memang landai, bersih, luas dan cantik sekali) cuma tang nak mandi laut
tu, agak dalam dan ombak kuat sikit, OMBAK BESAR! teringat iklan tu ). Maka
dari itu, demi mementingkan aspek keselamatan ( macam polis je ), KF tak
membenarkan anak-anak KF mandi laut, sebabnya dalam keluarga KF, tak ada
sesiapa yang pandai berenang, so kalau jadi apa-apa yang buruk, siapa boleh
tolong...kan. Bergembira-bergembira jugak, tapi keselamatan tetap diutamakan.
Cukuplah dengan bermain pasir nan putih dan berenang-renang di kolam hotel
bersama beberapa omputih ketika di sini.Tapi, bab kualiti kejernihan air laut kat pantai di tanah besar tak dapat menandingi kejernihan kesucian
kecantikan air laut di Pulau Redang. Sangat jernih! Sejernih ayaq mineral...
Di Pulau Redang pula KF telah menginap di Berjaya Redang Resort. Resort
ni pun sangat cantik, seperti tinggal di dalam taman nan indah, penuh
ketenangan dan hembusan bayu pantai ....menyegarkan sekali. Aktiviti yang
paling, sangat KF suka di Pulau Redang ini ialah snorkeling. Pada mulanya KF
takut nak terjun ke laut dan buat 'snorkeling' ni, sebab ianya di kawasan yang
dalam jugak. Bila dah berada di dalam air, mula-mula tu kecut ya amat perut ni
bila merenung jauh ke dalam laut....mak oiii! dalam tu. Tapi sebab pakai jaket
kuning keselamatan tu, jadi berani lah jugak.
SUBHANALLAH, Maha Suci Allah,
cantiknya, indahnya pemandangan di dalam laut ni. Ikan-ikan yang bermacam-macam
warna, biru, kuning, oren dsb berenang-renangan dengan banyaknya. Terserlah
keindahan terumbu batu karang yang sebenar di depan mata. Begitu indahnya bumi ALLAH ini, samada di
laut dan di darat dan di udara. KF amat bersyukur kerana diberi peluang untuk
melihat keindahan alam lautan di depan mata.
KF rasa setiap orang, jika ada kelapangan masa, pergilah pack up your things and pergi mana-mana pulau kat
Malaysia ni yang ada aktiviti snorkeling dan Redang ialah pilihan KF. Itulah, bila dah seronok dok dalam air
menikmati panorama indah, tak reti-reti ya nak naik balik dalam bot. Mesti brader yang bawa bot
tu berkata dalam hati,'tadi punyalah songeh , takuit lah bagai, ini dia pulak
yang over acting mengalahkan dugong
berendam tak mau naik.....' . Dan di P.Redang inilah KF dapat makan ikan
yang berwarna biru, cantik sekali ( tak tau nama apa )...KF pilih untuk
dibakar. Freshnya! Sedapnya! .. Alhamdulillah dapat merasa nikmat makanan laut sesedap
ini. Sotong goreng tepungnya pun manis. So bercutilah di Malaysia!
Ok setakat ni je rasanya KF dapat
membebel pasal bersantai di pantai, sebenarnya ada beberapa pantai lagi KF dah pergi cuma cukuplah bagi contoh tiga ni, nanti dua hari
dua malam tak habis tulis . KF nak melayan kain baju yang menggunung setelah
bercuti-cutian tu...Wassalam.