Thursday 6 December 2012

GOT A SWEET TOOTH....TRY KEK LAPIS SARAWAK



Sebenarnya KF tak berapa gemar makan benda manis, kadang2 bila teringin bolehlah makan,tapi setakat sepotong je, nak makan beriya sangat takdelah.Kalau kat sarawak ni ada bermacam macam,(iye...sangat banyak pilihan!) kek lapis,ada kek lapis horlick,kek lapis cheese, kek lapis milo,kek lapis rempah, kek lapis coklat van hauten,you tell it,they got it!Dan dolu2 masa KF dok kat sana,Mawi tengah tersangatlah femesnya...so bila kita potong kek lapis tu, akan terbentuklah nama MAWI kat lapisan 2 kek tu....pergh...creative kan dia org.KF beranganlah pulak nak tempah nama KF,tapi mahal lah pulak,lepas tu,kalau dah cantek2 nama kita, kan sayang nak makan kan...kan....nak show off je gitu!! Hish ...ujub riak   takabbur pulak dah KF ni....Suggest KF,bagi sesiapa yang nak beli kek lapis ni, pi beli kat rumah rumah persendirian di tepi sungai sarawak,yang memang depa freshly buat kek lapis tiap hari kat situ,dan kita pilih je lah mana kek yang kita nak.Terbaik dari oven kan gitu....freshly bake!
Bagi yang tak berpeluang ke Sarawak,dan tersangatlah rajinnya buat kek,ni KF serta kan resepi kek lapis berempah mak KF yang femes tu.(Femes tau,tiap kali nak raya posa,beratus ratus tempahan mak KF dapat,dari sekitar JB and Singapore).Cuma KF je yang malas nak buat he he!

KEK LAPIS REMPAH IBUKU...


BAHAN-BAHANNYA

1. 2 buku butter

2. 20 biji telur grade AA ( Ambil cuma 8 biji putih telur,dan buang 12 biji putih telur....tapi janganlah buang..kan.Membazir tu,boleh buat pavlova dengan putih telur,betul tak...).Kuning telur semua guna ,jangan di buang ya mak jah,mak kiah,mak esah semua..

3. 10 aun gula castor

4. 6 aun 3 tepung kek

5. 2 camca teh rempah kuih lapis ( boleh di beli dimana-mana kedai jual barangan kuih)

6. 1 sudu makan penuh ovalette

7. 1/3 tin susu pekat manis

CARA-CARANYA:-

1. Pukul butter,susu  dan rempah kek hingga betul-betul putih gebu.Kemudian keluarkan bancuhan (A) ni dari mangkuk pemutar.

2. Cuci bersih mangkuk pemutar.Lap hingga betul-betul kering.

3. Masukkan putih dari 8 biji telur tadi dan putarkan hingga jadi merangue.Terbalikkan pun tak jatuh.

4. Barulah boleh masukkan gula castor,kuning telur dan ovalette .Putar sampai adunan jadi betul-betul pekat,likat dan bukan sekadar kembang(Tekstur adunan ni macam adunan bahulu lama,maksudnya adunan tu susah jatuh)

5. Sekarang baru boleh campur adunan ni dengan adunan (A) tadi.

6. Last step,masukkan tepung dengan cara di ayak ke dalam adunan tadi dengan perlahan-lahan sampai habis.

CARA MEMBAKAR...

1. Guna api atas bawah bersuhu 250'c.

2. Ambil 3 sudu makan adunan,dan ratakan jadi satu layer di dalam loyang pembakar.Bakar.

3. Bila layer ni dah cukup masak kuning,keluarkan dari oven.

4. Tutupkan api bawah,cuma tinggalkan api atas sahaja.

5. Letak lagi 3 sudu makan adunan,ratakan.Bakar.

6.Masak kuning cantik.Keluarkan,dan ulang proses tadi hingga habis!!!!

Fuhhh....remeh betul nak buat kek lapis ni kan.Naik ngantuk KF tulis resepi ni...tapi takpa demi berbakti pada nusa dan bangsa akan ku teruskan jua usaha ini...erk! ter'over'lah pulak.Anyway,selamat mencuba ya puan puan dan tuan tuan sekalian.

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment