No lah. Bukan nak citer bende2 hot seksi meksi. Cuma nak
share tentang Hot Spring Sungai Klah. KF suka tempat tu.Dahlah admission fee
dia murah, air kolamnya dari air semulajadi, air bukit dan mata air panas. Tak
perlu rasa khuatir pasal jangkitan kencing tikus. Waktu ke sini hari tu, kami
tinggal di homestay dekat dengan MRSM Sungkai. First time cuba homestay, something
new. Seronok jugak rupanya homestay ni, sebab dah macam rumah sendiri..semua ada
dan yang penting ada mesin basuh! Yalah, bila dah pi main air, mestilah banyak
baju seluar basah, boleh terus masuk mesin. Jadi kuranglah baju kotor untuk didobi
bila sampai rumah nanti.
KF dan anak2 suka berendam dalam 30'C -40'C
punya kolam. Mula2 memang rasa panas sangat, so tipsnya kurangkan bergerak dan
masuk perlahan-lahan sedikit demi sedikit. Sangat-sangat refreshing bila berendam
dalam air panas semulajadi ni. Kandungan belerang atau sulfur yang tinggi, rasa
kulit jadi cantik. Tapi yang KF tak berkenan adalah orang ni, dia bawa masuk
anak dia yang pakai pampers pun kat dalam tu. Please...tak salah bawa anak
kecik, but the pampers!!!! Eeuwww....sifat semulajadi manusia, we always
imagine the worst right!. Kot ada "something" dalam pampers tu who
knows. So jagalah hati dan perasaan orang di sekeliling yang nak berendam sama
ye dok.
Dah
puas berendam, rasa lapar boleh la pi beli nasi lemak kat gerai yang jual telur
untuk direbus dalam mata air yang dikhaskan. Nasi lemak sedap, murah jer, 2
hinggit kot dan 3 ke 5 hinggit (lupalah) set telur dalam raga besi tu siap ada
kicap masin paket kecik2. Bayar dan bawa pi tempat mata air yang dikhaskan tu.
Tempoh masa nak buat telor jadi setengah masak ke or masak betul ada dicatat di
situ, ikutlah berapa minit nak.
Bercerita pasal telur ni tadi, terpanggil KF nak ingatkan
sesuatu, iaitu jangan lupa tau basuh telur sebelum digunakan untuk memasak.
Telurkan keluar dari "bawah" ayam tu, biasanya ada najis yang
melekat, so mesti...ulang suara..mesti dibasuh bersih supaya makanan kita tidak
dicemari najis. That is the reason KF cuba mengelak untuk makan di restoran
mamak ( tapi kalau tak dak pilihan lain terpaksalah kot). Ini adalah my own
personal opinion tak membabitkan orang lain or bukan untuk menjatuhkan mamak tu
.... So as we all dah sedia maklum, pekerja depa kebanyakannya didatangkan dari
(semua taulah kan), maka amatlah memusykilkan samada depa tau ke, kena basuh
teloq tu dulu. Whatever it is, pilihan di tangan kita... alamak macam dah
kempen pilihanraya .....no ... i'm not a "politikus"...i'm a
housewife and proud of it!!!
Disebabkan KF ni housewife, kenalah bagi resepi
lagikan..jadi ni dia resepi tart telur yang anak-anak KF suka.
TART TELUR KASEH
Bahan untuk kulit pastri:
1 cawan mentega
2 cawan tepung gandum
1 biji kuning telur
sedikit air ais ( air yang di sejukkan dalam
peti sejuk )
Cara membuatnya:
1.Gaul mentega dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti
2. Pukul sikit kuning telur,kemudian masukkan dalam bancuhan di atas.Gaul rata.
3. Masuk pula air ais,gaul jadi doh.Bungkus dgn plastik.Sejukkan di dalam fridge selama 15 minit.
Masa ni kita buat inti dia ok..so bahan-bahannya:
-2 biji telur ( Gred A )
-1 sudu kecik esen vanilla
-2 sudu besar gula pasir
-2 cawan susu segar ( guna susu dalam kotaklah,takkan kita nak pi cari lembu dan perah sendiri kan..)
-1 sudu besar tepung jagung
-2 sudu besar air.
Cara buat,kita pi dapur,buka api kecik,dan panaskan susu dalam periuk arcopal ke corelle ke ( tapi jangan dalam cracked pot tau...hi hi hi to my dear friends dalam crackedpotfriends.blogspot.com jangan marah tau...luv uolls ).
Sementara tu ,pukul telur,vanilla,gula,tepung jagung dan 2 sudu besar air sehingga mesra.
Kemudian, masukkan bahan yang dah di pukul ke dalam susu panas tadi.Kacau sehingga pekat .
Sekarang keluarkan chilled doh tadi,terap dalam acuan.Then,tuangkan inti yang panas tadi ke dalam acuan.
Bakar selama 30 minit dengan api 180'c or sehingga masak.Aromanya ketika di bakar....sungguh menyelerakan!!!
P/s....jangan lupa jengah ke crackedpotfriends.blogspot.com
tau......they are my "loving kucing" friends,beautiful in their
40'ties and because of them i create this blog ,to share with them,with the
readers...about everything that captured myheart )
The egg tart looks super yummy! Nak kena try ni ...
ReplyDeletei like ur story mori..tartlet bila nak bikin lg? Nak order ni..
ReplyDelete