Wednesday 5 December 2012

Salam Perkenalan


Bismillahirrahmannirrahim.Nak mulakan sesuatu mestilah di mulakan dengan bismillah ,barulah  diberkati...kan.Sebenarnya getaq tangan Kaseh Firdausi (KF)nak menulis dalam blog ni.Banyak cerita banyak perkara yang bermain di fikiran.Melangkah ke alam 40 an memang menakutkan bagi kebanyakan pompuan,tapi bagi KF  dan rakan2  ianya hanyalah nombor dan jiwa kami tetap segar seperti dolu2 ,sama seperti kami sedang belajar di menara gading 15 tahun yang lalu.Bertahun2  kami telah terpisah membawa haluan hidup masing-masing,namun ikatan ukhuwwah kami amat kuat.Masing-masing telah menjadi peguam hebat ,ada firma sendiri,ada yg jadi penasihat undang-undang ,majistret  dan sebagainya tetapi tetap menerima KF seadanya yang memilih untuk  tidak bekerja ,yang menjadi ibu rumahtangga.Oklah cukuplah tu intro dari KF pasal blog ni kan. Blog ni adalah tanda persahabatan persaudaraan kami yang sweet ,indah untuk tatapan sesiapa yg membaca.

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

No comments:

Post a Comment