Saturday 15 December 2012

BERSANTAI DI TEPIAN PANTAI


Selamat pagi!!! Rasa segar hari ni selepas balik dari bersantai-santai di tepian pantai Teluk Kemang tempohari. Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson. Dari bandar Melaka ke Port Dickson dalam jarak 75 km, jadi bila berada di sana tak bolehlah KF buat solat jamak takdim atau solat jamak takhir kerana tak melebihi syarat 92.5 km bermusafir. Kita kena solat seperti biasa bila berada di PD  kalau bertolak dari Melaka ni.

Di Port Dickson, KF telah menginap di Avillion Admiral Cove. Hotel ni terletak di pantai Teluk Kemang. Seronoklah melayan anak-anak mandi kolam dan bermain pasir di tepian pantai. Dengan melihat laut pun kita dapat pahala kan. Pantainya landai, jadi tak bahaya bagi anak-anak bermain air. Di hadapan hotel pula, kita boleh melihat beberapa buah bot mewah yang berlabuh di jeti yang disediakan. Pemandangan yang menarik, terutama bagi anak -anak lelaki yang sukakan bot. Cuma bab makan ni kurang menarik, biasalah makanan hotel. Setting dan hiasan memang cantik, tapi rasa dia....hemmm hampeh, macam nak pi dapur tu dan tolong masak dan repair je rasa lauk-lauk tu.
 

Dan kalau nak cari makanan lain, tak boleh berjalan kaki, kena naik kereta  dan keluar dari kawasan hotel dan cari dari tempat berdekatan. Berbeza keadaannya dengan  pantai Teluk Cempedak di Pahang.
Di pantai Teluk Cempedak, KF telah menginap di Hyatt Regency Hotel. Perjalanan dari Melaka mengambil masa dalam 5 jam jugaklah. KF suka  perjalanan ke Pahang sebab boleh jalan-jalan cari makan. Makanan yang mesti dibeli dari gerai-gerai di tepi jalan mestilah sata, otak-otak dan kuih akok. Makan panas-panas, memang best. Yang menyebabkan menginap di Hyatt lebih best dari di Avillion PD kerana, selepas penat bermain pasir di pantai berhadapan hotel, kita boleh berjalan di pasiran pantai yang halus putih terbentang, bersantaian sambil menikmati hembusan bayu laut, mendengar indahnya desiran ombak dan akan sampai ke kawasan yang sangat happening dengan berbagai gerai makanan, cenderamata dan beberapa kedai fastfood. Kedai Tutti Frutti pun ada. Jadi kita adalah lebih pilihan makanan daripada makanan hotel yang hambar entah apa rasa tu. Kalau malam pun di bahagian ni sangat meriah. Macam-macam ada!
Macam suasana Jom Heboh kat sini, segala souvenir, toys, food, skrin besarnya, loud music semua cukup...
Bosan dengan suasana hotel, kita boleh ke Tanjung Lumpur. Di tepi-tepi jalan kat Tanjung Lumpur ni ada banyak gerai jualan makanan gorengan yang dicucuk yang boleh didapati pada waktu tengahari ke petang. Ada satu gerai yang menarik perhatian ( Warung Pak Su Mak Su ), berderet-deret kereta parking di tepi jalan gerai. KF pun turut berhenti dan niat nak beli pisang goreng. Ropa-ropanya, bukan pisang goreng je yang ada, ada sotong, udang, aneka fishball, ikan pun digoreng tepung yang dicucuk lidi tu. Kuih-kuih pun ada pelbagai, macam-macam kuih, kuih  yang KF tak pernah rasa pun ada. Nasi  pun ada.... nasi minyak, nasi dagang, pulut kuning, ada lagilah, semua nasi ni dah di pek dalam bekas plastik untuk memudahkan kita pilih, ambik dan bayar.PERGHHH BANYAKKAN!!!
 
 
Syurga makanan cucuk goreng .....sedap! Sangat sedap.....sotongnya lembut di dalam dan tepungnya garing di luar, cuba ambik satu jenis setiap cucuk, tak cukup lagi, ambik lagi dan lagi dan lagi....Ish! Budak-budak ni tak kenyang-kenyang lagi ke, dah berapa cucuk ni....berbiji-biji ball dah ditelannya...Ikan goreng tepungnya pun segar, apatah lagi dicicah dalam sos buatan sendiri yang disediakan di atas setiap meja, dilengkapkan dengan kesegaran air kelapa berais........sangat sangat fulfilling uols!!! Ingat...makanannya semuanya hedap-hedap....nak membayornya kanda KF kata kurang hedap. Hehehe... Tak puas makan, keesokannya pergi lagi sebelum balik ke Melaka. Kalau sesiapa  kebetulan lalu di Tanjung Lumpur ni dalam perjalanan ke mana-mana, berhentilah dan singgahlah makan. Pasti gumbira! Tapi untuk orang yang tak makan makanan bergoreng, berminyak, jaga kiraan kalori, takut alignment lari dan sebagainya, teruskan jelah perjalanan tu...... nanti diet lari, KF pulak yang kena...
Berbeza dari di PD, keadaan laut di Teluk Cempedak ni tak berapa nak landai ( bahagian pasir memang landai, bersih, luas  dan cantik sekali) cuma tang nak mandi laut tu, agak dalam dan ombak kuat sikit, OMBAK BESAR! teringat iklan tu ). Maka dari itu, demi mementingkan aspek keselamatan ( macam polis je ), KF tak membenarkan anak-anak KF mandi laut, sebabnya dalam keluarga KF, tak ada sesiapa yang pandai berenang, so kalau jadi apa-apa yang buruk, siapa boleh tolong...kan. Bergembira-bergembira jugak, tapi keselamatan tetap diutamakan. Cukuplah dengan bermain pasir nan putih dan berenang-renang di kolam hotel bersama beberapa omputih ketika di sini.Tapi, bab kualiti kejernihan air laut  kat pantai di tanah besar  tak dapat menandingi kejernihan kesucian kecantikan air laut di Pulau Redang. Sangat jernih! Sejernih ayaq mineral...
Di Pulau Redang pula KF telah menginap di Berjaya Redang Resort. Resort ni pun sangat cantik, seperti tinggal di dalam taman nan indah, penuh ketenangan dan hembusan bayu pantai ....menyegarkan sekali. Aktiviti yang paling, sangat KF suka di Pulau Redang ini ialah snorkeling. Pada mulanya KF takut nak terjun ke laut dan buat 'snorkeling' ni, sebab ianya di kawasan yang dalam jugak. Bila dah berada di dalam air, mula-mula tu kecut ya amat perut ni bila merenung jauh ke dalam laut....mak oiii! dalam tu. Tapi sebab pakai jaket kuning keselamatan tu, jadi berani lah jugak. 
 
SUBHANALLAH, Maha Suci Allah, cantiknya, indahnya pemandangan di dalam laut ni. Ikan-ikan yang bermacam-macam warna, biru, kuning, oren dsb berenang-renangan dengan banyaknya. Terserlah keindahan terumbu batu karang yang sebenar di depan mata.  Begitu indahnya bumi ALLAH ini, samada di laut dan di darat dan di udara. KF amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat keindahan alam lautan di depan mata.
KF rasa setiap orang, jika ada kelapangan masa, pergilah pack up  your things and pergi mana-mana pulau kat Malaysia ni yang ada aktiviti snorkeling dan Redang ialah pilihan KF.  Itulah, bila dah seronok dok dalam air menikmati panorama indah, tak reti-reti ya nak naik  balik dalam bot. Mesti brader yang bawa bot tu berkata dalam hati,'tadi punyalah songeh , takuit lah bagai, ini dia pulak yang over acting mengalahkan dugong  berendam tak mau naik.....' . Dan di P.Redang inilah KF dapat makan ikan yang berwarna biru, cantik sekali ( tak tau nama apa )...KF pilih untuk dibakar. Freshnya! Sedapnya! .. Alhamdulillah dapat merasa nikmat makanan laut sesedap ini. Sotong goreng tepungnya pun manis. So bercutilah di Malaysia!
Ok setakat  ni je rasanya KF dapat membebel pasal bersantai di pantai, sebenarnya ada beberapa pantai lagi KF  dah pergi cuma  cukuplah bagi contoh tiga ni, nanti dua hari dua malam tak habis tulis . KF nak melayan kain baju yang menggunung setelah bercuti-cutian tu...Wassalam.
 


SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

1 comment:

  1. ala... sedap lah ketam dan semua semua tu
    nak jugak!!
    :'(

    ReplyDelete