Thursday, 6 December 2012

MAT REMPIT BERBAJU MELAYU!!!...SOPAN SUNGGUH ORANG ITU....KAN


Well...well...kalau dah berbaju melayu..apalagi "Aidilfitri..hari bahgia...hari yang muliaa...".Eh betul ke idak ni KF tetiba je nyanyi lagu Saloma.Hentam sajalah labu....Orang Sarawak amat meraikan raya posa.Selama seminggu hari raya yang lelaki akan terus terusan memakai baju melayu tiap hari sehingga ke malamnya..Sekurang kurangnya 3  pasang baju melayu mesti di tempah untuk di pakai berganti ganti selama seminggu.Kelass gitu uols.Orang malaya ada,takde kan..kan...(Kalau kanda KF lah,peh...nak sampaikan petang raya pun dah mengomel ngomel mulut dia nak tanggal baju tu,panaslah,rimaslah,tak de semangat ke"rayaan" langsung!)....
Itu yang kalau  malam2 rayanya ,mat mat rempit depa pun merempitlah dengan berbaju melayunya, di jalan jalan yang lurus cam di Petrajaya.(Sarawak ada petrajaya,sini putrajaya)  VVvvrooommmm!.Suka hati kaulah nak oiii...jangan sampai sampin tu terselit celah roda motor,ingat sebelum kena!!!

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

KUCING GERGASI!!!!!


 
Ceh...cam gempak je tajuk nikan.Sebenarnya tetiba nak cite pasal kucing sebab kawan2 KF sangat cinta sayangkan kucing.Memberi kucing makan dimana saja terjumpa.Siap dalam kereta depa,ada stock makanan kucing.Mulia sungguh hati kawan2 KF nikan!. So di mana nak cari kucing gergasi ek.Mestilah kat bandaraya Kuching ,Sarawak.Banyak sungguh replika replika kucing kat bandaraya sarawak ini,nama pun kucingkan.Punyalah femesnya kucing ni,sampaikan Muzium Kucing pun ada, tapi tak doklah kucing hidup di letaknya dalam tu kan.Kang mati keras pulak kucing tu.Kalau setakat nak  hiburkan anak-anak kecil,bolehlah bawa mereka kat sini.Alah,cakap je kat driver teksi tu nak pi muzium kucing,bawalah dia.

Sebenarnya bumi kenyalang ni pun signifikan juga dengan diri KF,mana taknya 5 tahun jugaklah KF menetap kat sini.Selama  4 tahun KF tinggal di bandar kecil Sri Aman yang jauhnya lebih kurang 3 jam lebih dari bandaraya Kuching.Jom kita masuk ke mesin masa,mengimbas kembali kehidupan di bumi kenyalang.Perjalanan ke Sri Aman hanyalah melalui jalan kampung,sebab kat sana tak de highway cam kita di semenanjung.Selalunya kami akan berhenti makan dan solat di Serian,sebuah lagi bandar kecil di 1/3 perjalanan menuju ke Sri Aman.Selepas Serian tiada lagi bandar di jumpai,cuma bertemankan hutan hijau,sesekali terpandang rumah panjang,ladang2 khinzir(eeuw !cuma tepi jalan je,),sawah padi bukit dan ladang-ladang lada hitam.Macam back to the 60's pulak kan.Sangat sangat down to earth ,all back to nature.....hu huwaa ngantuklah pulak,bila teringat perjalanan balik ke sri aman ni.(he he,tak de shopping center untuk cuci mata, tu yang ngantuk je lah keje nya time ni).

Sri Aman femes untuk benaknya.Benak ialah gulungan ombak yang besar yang terwujud di sungai Batang Kali di Sri Aman.Biasanya gulungan ombak besar ni  cuma ada kat laut lepas,alah yang omputih suka surfing surfing tu.Tapi yang wujud kat sungai ni di panggil benak.Siap ada pesta benak uols!Femes tau.Omputih pun ada datang tengok.Masa ni segala orang iban ,orang bukit, turun dan tinggal berpesta di tepi sungai ni lah .Bertatu tatulah bagai.First time datang sini,masa kat KFC,org yang beratur kiri kanan ada tatu,takuit  ya amat makcik,ingatkan samseng ke taiko ke.Rupa2nya memang budaya lelaki iban ni kena ada tattoo.Tattoo tu tanda kemachoan kot.
Dan yang sangat sangat spesel kat sini udang galahnya.Dahlah dapat yang besar,murah,hidup lagi!!!!Mana gambo ni ek,nanti kanda  KF pi cari.Makanan yang mesti di rasa kat sarawak ni (yang KF sukalah kan),ayam pansuh (ayam yang dimasak dalam buluh dan di sumbat daun ubi kot),umai(macam2 umai,udang,ikan,seaweed)raw food yg perah limau dan di tambah hirisan bawang cili etc,laksa sarawak(cam kuah kari tapi lebih rempah,abah KF kata cam jamu je he!he!)dan mee kolok.Mee kolok tu bebudak suka sebab dia ala ala mee maggi dengan kuah sup daging dan sambal cili cairnya.Kat sini gak sayap panggang amat femes(kepak panggang),tapi KF tak gemor dan tak berkenan sangat sebab rata-rata warnanya merah(guna pewarna merahlah tu) ,soo unnatural and not favourable lah.Oh lagi satu,kalau bulan posa,tak sah kalau tak makan bubur padas(depa panggil padas,kita pedas).Bubur pedas ni dibuat dari rempah ratus,santan,beras,udang,kalau kat semenanjung femes dengan bubur lambuk or bubur asyura kan,tapi yang speselnya dengan bubur pedas ni, dimasukkan sekali dengan hirisan2 daun 2,sayur2 hutan,kampung.i luv it,sedap dan berkhasiat,kecualilah ditolak santannya lah, bagi yang mementingkan "kiraan kalori"dalam makanannya kan...kan...but who cares babe..kalau sedap ,makan je lah what ever the calories count ....sesiape tengah diet abaikan tulisan KF ni eh....hi hi!
 Jeng..jeng..jeng...now the best part,it's shopping time for the semenanjung folk.Kalau orang malaya(depa panggil org semenanjung),pi  sarawak,Sarikin is a must place to visit.Sarikin ni sebenarnya a small place terletak antara sarawak ngan indonesia(border).So as uols can guesslah,banyaklah barang indon seperti telekung(byk sungguh gerai2 kecik jual telekung tau,),kain pelekat  la la la la, kain pelekat la la la la,(tetiba teringat anwar zain!),kain batik,kain langsir siap jahit(cantik2 jugak kalau pandai pilih),segala mak neneklah kalau larat je nak mengharung panas himpitan manusia yang berbagai bau itu he he he!....ada yang sanggup parking sejauh berkilometer dan berjalan kaki ke situ....oh!not me ok...akak ni putri lilin tau.....kenalah jaga kulit akak agar secantik rozita che wan(berangan lagi...ya ampun!)kalau ramai sangat orang, KF suruh kanda pusing balik je lah.
 

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

SEBUAH KEINSAFAN......



Maha Suci Allah,Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang....yang masih memberi KF peluang untuk menikmati hidup ini bersama yang dikasihi. Atas kesedaran itulah,KF berazam,berjanji pada diri sendiri untuk menjadi seorang mukmin yang lebih baik,insan yang cintakan agamanya,tidak melupakan kitabnya ,seboleh mungkin menyentuh dan membaca walau satu ayat dari kitabnya di setiap hari. Alhamdulillah Ya Allah...diatas segala nikmatmu kepadaku selama ini....

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

Wednesday, 5 December 2012

FOBIANYA NAK BERANAK.....!!!!!


Alahai kalau cerita bab beranak ni,teramatlah fobia KF.Mega fobia,tahap gaban...Tengok org perut dah terboyot-boyot pun rasa tak sampai hati.Rasa kecut perut..walaupun sebenornya perut ni tak kecut pun,lemak dah terlebih tepu kot.But for me getting pregnant again....No Way !!!!ya kanda.Bukan sebab KF dah tua,no ! no! no!masih bergetah lagi tau(no need KY jelly maa!) tapi tak sanggup lagi melalui pengalaman 2 yang penuh kesedihan dan kesukaran itu.Sangat sangat mencabar i tell u.
Sebenarnya KF ni dah 6 kali beranak dan sekali keguguran,kena cuci.Dalam bahasa sepitalnya cuci tu D&C kot,rasanyalah.Ceritanya, 2 dari anak KF meninggal dalam perut.Satu,lelaki (dah 9 bulan),haritu doktor sakit puan KF kata dia check,everything ok,air mentuban cukup,semua ok.Oleh kerana dah cukup bulan ,dia suruh KF  di induce untuk beranak  hari tu but KF kata esoklah,nak tunggu kanda KF balik.Takdir Allah SWT mengatasi segalanya,malam tu KF sakit perut,buang2 air,muntah,sampai bibir  biru nak pitam,pukul 2pagi ,adik ipar yang temankan KF hantar  gi klinik,doktor kata baby no heart beat dah.Hancur luluh rasanya jantung KF ketika tu,tapi dah rasa nak beranak ,beranak pun normal je lah.
KF diuji lagi,bila baby dah keluar ,darah keluar sangat banyak.Yes,sangat sangat banyak!Menitik nitik sampai ke lantai,bahagian belakang baju KF dipenuhi darah,basah dengan darah .Bidan terpaksa gunting baju KF dan buang baju tu untuk di ganti dengan baju yang bersih.Dalam kekalutan tu pulak KF menangis dan terus menangis, hilang dalam kesedihan yang amat sangat.Sampai mak mentua KF kata ingat tuhan,ingat tuhan!Rasanya ketika itu,tak tertanggung nak melawan air mata yang tumpah....lemah sekali tubuh KF . Why?why me?What did actually happen?Hati berkata -kata.Dua kali KF pengsan,ketika pengsan KF  merasa amat  tenang sekali dan seakan pergi jauh ...sehinggalah mak mentua KF menggoncang goncang lembut dan memanggil manggil nama KF supaya jangan tidur(no   KF tak tidur,betul betul pengsan masa tu),cuba bertahan,darah banyak hilang ,bahaya....orang kata kalau darah banyak hilang kena stay awake selagi yang mampu..
Sedih...sangat sangat sedih.Itulah yang termampu KF luahkan perasaan masa tu.Suatu kehilangan yang amat menyentap jiwa.Selama sebulan rasanya airmata ni mengalir dek kerinduan yang amat sangat terhadap seorang anak yang KF tak pernah berpeluang untukmengenalinya,menciumnya,memeluknya,mengetahui handsome ke dia bila besar kelak...what ever it is,KF redha kuasa tuhan mengatasi segalanya.In Sya Allah,KF  telah di kurniakan 2 anak yang akan menolong KF di sana nanti.

"Wahai anakku Muhammad Firdaus(dan juga Siti Solehah,kehilangan yang kedua ketika 8 bulan di kandungan)...ketahuilah bahawasanya di setiap detik yang berlalu,setiap nafas yang dihela ,ingatan padamu tak pernah padam...ibu redha anak2ku...ibu redha kerana ibu tahu tempat mu adalah di syurga  firdausi....."
Di kehilangan yang kedua pula,KF mengalami tumpah darah jugak.Kali ni sampai di masukkan 10 peket darah,6 pek darah  merah dan 4 pek darah kuning(berfungsi untuk proses pembekuan darah).Bersalin pukul 3 ptg,sampai esok petangnya masih di katil yang sama,di labour room itu,sebab proses masukkan darah dalam badan tak habis habis.Doktor kata berliter liter darah yang hilang,not good...not good at all for me kalau tak masuk darah ,so terpaksa sign untuk terima semua darah darah tu.Banyak kan! 10 pack....nasib baik  KF tak jadi cam Bella dalam movie The Twilight (Breaking Dawn part 2)tu...hu hu hu...Geram KF tengok cite ni,penat suspen, punyalah depa dok  gaduh gaduh, dusyum! ,kebaborr! ,cabut cabut kepala bagai,ropa ropanya cuma bayangan Alice je...eh Alice ke nama minah come lote bermata cantik tu...tak kisahlah sape nama dia kan  yang penting ,KF nak minta refund ticket! he he gurau je lah.Sebenarnya best jugak cite tu,hepi ending.Ok,ok cam mana dah tukar profesion  jadi pengkritik movie ni pulak,KF tengah tulis pasal apa tadi.....ek

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

LUPA....TUA SANGATKAH AKU SAMPAI JADI PELUPA???


LUPA....TUA SANGATKAH AKU SAMPAI JADI PELUPA???

Umur 40 dah jadi pelupa.....ish ish ish...teruk betullah KF ni. Sebenarnya bukan KF sengaja nak lupa,kan ,mana ada orang suka suka nak jadi pelupa.Tapi tulah ,bila kanda KF gelakkan KF cerita kat doktor pakar sakit puan  KF,yang KF ni pelupa,doktor tu kata bukan salah KF(fuhhh...nasib doktor ni sayang KF,backing lagi),KF dah lalui banyak operation,operation keluarkan baby,operation ketumbuhan dalam perut(ovarian cyst),dan dua lagi operation jangkitan kuman di payu dara dan banyak drugs tahan sakit yang di gunakan dalam proses penyembuhan yang menganggu sistem saraf KF.So KF tak salahkan kalau KF lupa....doktor pesan kat kandaKF,kalau dia lupa senyum je lah,jgn marah,kesian dia dah lalui banyak kesakitan.......sabor kanda ya,sabor ....terima jelah.So nasihat KF bagi sesiapa yang dah banyak kali kena operate,jangan risaulah kalau hilang ingatan kejap(he he) bukan salah kita kan,salah obat...hu hu hu


P/s: (semua yang KF tulis diatas adalah dari pengalaman dan orang disekitar KF,so pasal obat tu,KF tak cek dgn makcik Google ,cuma just write from my heart...KF ni buta IT,malaslah nak google ke godeh2 tenet ni sangat.Maap ek)
SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

UBI REBUS OH UBI REBUS


Kenapa dengan ubi rebus?Sebabnya sekarang ni musim hujan je kan .Cuaca pun mendung,amat muram sekali, suasana dalam rumah  sejuk, maka memori KF pun terawang -awang jauh mengenangkan arwah datuk  KF yang amat menyayangi KF sepenuh hati.KF rasa KF ni cucu kesayangan datuklah(perasan sendiri)mana taknya cucu lain dia tak pernah   hadiah jam tangan masa dpt 5A dalam Penilaian darjah 5,masa darjah satu tiap2 hari datuk tunggu KF kat kantin sekolah dari pagi hinggalah KF balik sampai seminggu kot.Dan kalau banjir,datuk akan dukung KF kat belakang dia untuk hantar KF ke sekolah agama walaupun KF dah berumur 11 tahun masa tu.Baik sangat kan datuk KF!.Ya datuk memang sangat baik,KF selalu ikut dia ke surau berdekatan rumah datuk untuk temankan datuk bentang sejadah sebelum  jemaah bersolat 5 waktu.Datuk juga seorang tukang masak kenduri kahwin,KF suka sangat mengekor dia pi beli rempah ratus di kedai mamak yang terdapat di pasar besar JB yang ketika itu terletak di jalan Wong Ah Fook .Masih terbayang aroma rempah ratus yang dipilih datuk.Oh! really miss him.Datuk  cuma bekerja sebagai gardener dan tukang kayu di Ngee Heng,sebuah sekolah cina di Jb,tapi banyak kemahirannya.Sebagai tukang kayu,certainly dia had crafted cute little cupboards for me from his left over woods.His favourite wood,kayu beroti.Dunno what kayu it is,but always remember he ask for kayu beroti from the apek at kedai kayu.Well so much of myself as a sweet grandchild,now,let's get back to the old ,zaman jepun humble  ubi rebus.Yang mengingatkan KF pasal ubi ni,arwah datuk selalu bawa KF pergi korek,cabut ubi yang di tanamnya sendiri.Lepas tu ,apalagi nenek rebus dan mak buat sambal tumislah.Sambal tumis mak KF memang kick habis....siapa makan pasti terpikat.Habis tu mana tak tumpahnya kuah kalau ke nasikan,mestilah KF pulak yang terror buat sambal ni.Oklah jom kita main masak-masak pulak...
 

Ubi Rebus & Sambal Tumis Kaseh Firdausi(kelasss gitu bunyinyakan)

1. Ubi,kopek kulit luar dan rendam dulu beberapa jam.kalau takdemasa pun sejam dua jadiklah.Lepas tu rebuslah dan tambah garam sikit .Rebus sampai lembut.
2. Untuk sambal pulak,blenderkan cili kering,bawang kecil dalam 7 biji,sebiji dua bawang putih dan belacan.Dah blender,tumis sampai bahan2 tu betul2 garing tau,jangan hangus pulak.kalau nak tau dah garing,minyak dah terbit dan bahan2 tumis tadi dah jadi berbiji kecik kecik dan tak rupa jus cili lagi kan.
3. Barulah masuk air asam jawa, garam,gula,dan siapa suka mak aji masuklah sikit. Rasa dah ngam,masuklah pulak ikan bilis yang kita dah goreng dulu sebelum tu.Eh ..Tadi lupa lak KF nak tulis kena goreng ikan bilis dulu sebelum tumis cili.Maklumlah dah tua (he he he) semua lupa.
4. Dah siap pun ,boleh makan sambal kita dengan ubi rebus yang lembut lagi panas itu.(kalau mak KF dia suka letakkan sesudu majerin planta kat ubi rebus yg panas tu,nanti dia melt dan rasanya ...aduh duh duh lemak masin menjilat jari...hu hu nak cari ubi lah lepas ni.Nak cari ubi kayu!nak cari ubi kayu!
 


SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN

Salam Perkenalan


Bismillahirrahmannirrahim.Nak mulakan sesuatu mestilah di mulakan dengan bismillah ,barulah  diberkati...kan.Sebenarnya getaq tangan Kaseh Firdausi (KF)nak menulis dalam blog ni.Banyak cerita banyak perkara yang bermain di fikiran.Melangkah ke alam 40 an memang menakutkan bagi kebanyakan pompuan,tapi bagi KF  dan rakan2  ianya hanyalah nombor dan jiwa kami tetap segar seperti dolu2 ,sama seperti kami sedang belajar di menara gading 15 tahun yang lalu.Bertahun2  kami telah terpisah membawa haluan hidup masing-masing,namun ikatan ukhuwwah kami amat kuat.Masing-masing telah menjadi peguam hebat ,ada firma sendiri,ada yg jadi penasihat undang-undang ,majistret  dan sebagainya tetapi tetap menerima KF seadanya yang memilih untuk  tidak bekerja ,yang menjadi ibu rumahtangga.Oklah cukuplah tu intro dari KF pasal blog ni kan. Blog ni adalah tanda persahabatan persaudaraan kami yang sweet ,indah untuk tatapan sesiapa yg membaca.

SILA LIKE KALAU SUKA ENTRY NI..KOMEN DIALU-ALUKAN